ASAS ELEMEN ASAS GRAFIK
Elemen asas grafik terbahagi kepada 5 iaitu elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Pemahaman tentang asas grafik adalah penting dalam penyampaian mesej berbentuk grafik.
Elemen pertama iaitu mudah. Ia boleh didefinisikan sebagai seseorang mampu memahami sesuatu dengan mudah tanpa sebarang kekeliruan. Gambaran yang dilihatnya sama ada dalam bentuk gambar atau video.
Elemen kedua dalam grafik pula ialah warna. Warna ialah suatu warna dalam suatu gambaran yang terdapat didalam grafik sama ada dalam sebuah foto ataupun video. Warna yang digunakan dalam grafik yang wajar tidak perlu lebih daripada 3 warna Warna yang digunakan dalam grafik perlulah sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.
Teks ialah elemen ketiga yang terdapat dalam asas grafik. Teks dapat dilihat penggunaannya dalam grafik melalui jenis dan saiz font yang dipilih untuk dipersembahkan. Penggunaan saiz font yang sederhana atau warna font yang terang akan menyebabkan mesej yang ingin disampaikan dalam grafik lebih mudah disampaikan.
Kesesuaian juga merupakan salah satu elemen asas grafik. Kesesuaian merujuk kepada kesesuaian grafik dengan latar sama ada latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam video atau foto.
Keseimbangan pula ialah ruang dalam foto atau video. Ruang tersebut mestilah seimbang antara kiri dan kanan, atas dan bawah foto atau video. Seimbang juga dikaitkan apabila sesuatu grafik itu dilihat dapat disampaikan dengan baik.
Rujukan :Normaliza abd rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, penerbit upm, Serdang.

No comments:
Post a Comment