Wednesday

BBM3410-2021-MINGGU 3- CERITA SOSIAL 2

SINOPSIS CERITA SOSIAL 2

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori Dan Aplikasi, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Nerus Terengganu

Berdasarkan buku cerita sosial 2 yang bertajuk “ Saya yang Istimewa “ mengisahkan sebuah keluarga yang mempunyai sikap yang baik terhadap jiran tetangga. Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat (kawasan kejiranan) samada di kiri, dan kanan, hadapan atau belakang, atas dan bawah . jiran ini sangatlah penting apabila berlaku sebarang kecemasan kemudian hari. Oleh itu berbuat baiklah dengan jiran tetangga.

Amalan berkongsi rezeki yang diamalkan oleh Alim dalam cerita sosial 2 ini sangatlah baik. Ia jelas menunjukkan Alim ialah seorang anak yang baik. Biarpun ianya sekadar buah namun ianya memberi seribu makna jika kita memberi. Oleh sebab itu ada pepatah berkata “ tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima “ ini bermaksud berkongsi dapat memberikan senyuman daripada menerima.

Pada mulanya, hari ahad yang lalu. Bapa Alim membeli buah-buahan di pasar tani kerana dia tahu yang anak-anaknya gemar makan buah-buahan. Disebabkan ada buah yang banyak Alim berhajat untuk memberi sedikit daripada buah tersebut untuk jirannya Sulaiman. Ibu bapa Alim bersetuju dengan apa yang dihajatnya itu dan mengasingkan buah tersebut untuk diberikan kepada Sulaiman. Setelah Alim memberikan buah kepada Sulaiman, ibu Sulaiman iaitu Cik Timah mengucapkan terima kasih dan menyatakan dia gembira kerana Alim sangat baik kepada anaknya dan Alim seorang anak yang baik. Oleh sebab itu, Alim memberi tahu kepada Cik Timah bahawa perbuatan nya itu diajar oleh ibunya, tambahan pula keluarga Cik Timah sangat baik dengan mereka sebab itu mereka membalas kebaikan keluarga Cik Timah. Akhir sekali Cik Timah mendoakan Alim sekeluarga kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

Cerita sosial 2 ini banyak memberikan nilai-nilai murni sesama manusia. Anak yang baik sudah tentu hasil daripada didikan ibu bapa yang baik. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam cerita sosial 2 sikap baik Alim itu adalah daripada nasihat ibunya. Selain itu, berbuat baik sesama jiran juga nilai murni yang ditunjukkan dalam cerita sosial 2. Seterusnya mendoakan perkara yang baik juga nilai murni yang ada pada cerita sosial 2. Kita sebagai saudara seislam sepatutnya mendoakan perkara yang baik seperti mana yang di tunjukkan oleh watak Cik Timah yang mendoakan keluarga Alim. 



kehadiran 8/4/2021 


No comments:

Post a Comment

BBM3410-2021-MINGGU 8- STRATEGI KOMUNIKASI

 BBM3410-2021-MINGGU 8- STRATEGI KOMUNIKASI  RUJUKAN : Normaliza Abd RAhim (2019). Kajian wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi...