BBM3410-2021-ASAS
GRAFIK-KESEIMBANGAN
A) INTERNET
Elemen: Keseimbangan
Tema: Ruang Makan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/ZG9ktvsjrfH5wFCt6
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu keseimbangan. Ruang di kiri
dan kanan gambar tersebut menunjukkan keseimbangan. Di bahagian kanan dan kiri
gambar mempunyai dua buah kerusi yang tersusun elok, manakala di bahagian atas
gambar itu pula mempunyai dua buah bingkai gambar haiwan iaitu rusa kutub yang
menyerlahkan lagi gambar tersebut. Susun atur yang ada dalam gambar tersebut
menyerlahkan lagi keseimbangan pada gambar itu.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Sawah Padi
Rujukan: https://www.dreamstime.com/pemandangan-alam-beautiful-natural-scenery-image152617961
Huraian:
Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto iaitu ruangan kiri, kanan, bawah
dan atas. Ruangan kiri terdapat gunung dan di sebelah kanan pula terdapat
beberapa pokok yang seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas pula
diperlihatkan dengan awan yang kebiruan dan di bawah foto terdapat sawah padi
yang luas dan menghijau. Jadi, foto ini seimbang kerana telah dipenuhi dengan
pokok, padi, langit, gunung dan rumah kampung.
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Muzium Darul
Ridzuan Ipoh
Huraian: Elemen grafik yang paling ketara dalam
gambar di atas ialah elemen keseimbangan. Elemen keseimbangan dalam grafik di
atas jelas menunjukkan ruang yang seimbang di sebelah kiri dan kanan gambar.
Kelihatan dua buah kolam di hadapan muzium ini dan di sebelah kiri dan kanannya
mempunyai ruang yang luas. Dengan adanya rumput-rumput menghijau, warna
bangunan muzium yang sesuai dan latar belakang foto yang biru telah mewujudkan
lagi elemen keseimbangan dalam foto tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pendidikan
Huraian: Pemberatan elemen yang dapat dilihat di papan iklan
tersebut adalah dari segi keseimbangan. Ruang yang digunakan di dalam papan
iklan ini boleh dikatakan nampak stabil kerana meletakkan item gambar manusia
yang disusun memanjang dan berada di bahagian bawah papan iklan. Item yang
diletakkan membolehkan orang ramai melihat bahawa papan iklan tersebut ingin
menyampaikan mesej yang penting kepada orang ramai tentang isu COVID-19 yang
panas di negara kita yang telah meragut nyawa ramai orang.
Ruang di atas pula tidaklah
begitu berat sekiranya dipandang kerana di bahagian kiri papan iklan tersebut
diletakkan pula foto bagaimana untuk menjaga kesihatan diri sepanjang COVID-19.
Foto yang berbentuk bulat diletakkan supaya nampak lebih seimbang dan tidak
begitu besar. Perkara ini dapat mewujudkan
suasana yang harmoni apabila dipandang. Ruang di atas sebelah kanan papan iklan
pula diletakkan tulisan sahaja tanpa memberatkan fokus utama papan iklan tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Rujukan: https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kuala-lumpur/
Tema: Seimbang
Huraian: Ruang di sebelah kiri terdapat
pokok-pokok tinggi yang seimbang dengan bangunan KLCC. Di sebelah atas pula
terdapat langit yang luas berwarna biru. Manakala, di sebelah bawah pula
terdapat rumput hijau di sekeliling tasik. Maka, gambar tersebut memperlihatkan
ketinggian pokok-pokok seimbang dengan ketinggian bangunan. Langit yang luas berwarna
biru seimbang dengan rumput-rumput yang berwarna hijau.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Banner Makanan
Rujukan: https://id.postermywall.com/index.php/posterbuilder/copy/543a83cbc11bf6bb9a048c606064e766
Huraian: Grafik di atas
menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan yang wujud melalui ruang di kiri
dan kanan grafik yang mempunyai saiz sama. Keseimbangan juga berlaku dengan
penggunaan ruang berwarna merah di atas dan di bawah bahan grafik. Mesej dalam
grafik dapat difokuskan di bahagian tengah bahan grafik menyebabkan grafik yang
dihasilkan nampak seimbang. Selain itu, penggunaan gambar yang berbentuk bulat
dan saiz yang seragam antara kedua-duanya di bahagian kiri dan di bahagian kanan
grafik juga mempengaruhi elemen keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian:
Papan iklan ini mempunyai elemen grafik keseimbangan. Hal ini demikian kerana
penggunaan ruangnya seimbang antara satu sama lain. Penggunaan teks di ruang
sebelah kiri diimbangi dengan penggunaan gambar maggi di sebelah kanan. Ruang
di atas dan di bawah juga digunakan dengan sebaik mungkin iaitu dengan meletakkan
logo syarikat supaya tidak ada ruang yang kelihatan kosong.
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Suasana Tempat
Rujukan: https://www.lonelyplanet.com/malaysia/malaysian-borneo-sabah/sungai-kinabatangan
Huraian:
Gambar tersebut jelas menunjukkan elemen keseimbangan. Ruang di sebelah kiri
dan kanan gambar dipenuhi dengan pokok. Hujung perahu tersebut berada di tengah
juga turut menunjukkan keseimbangan. Di sebelah atas pula terdapat awan yang
luas berwarna biru manakala di bawah menunjukkan air sungai. Air sungai
tersebut seimbang dengan langit yang berwarna biru.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Produk Penjagaan
Rambut
Huraian:
Gambar di atas menunjukkan kesemua lima aspek grafik tetapi aspek keseimbangan
lebih menyerlah. Aspek keseimbangan ini dapat dilihat melalui ruang dalam
gambar tersebut iaitu ruang di atas dan di bawah serta kiri dan kanan gambar.
Penggunaan ruang tidak terlalu menumpu pada sesuatu bahagian sahaja. Syampu
diletakkan di sebelah kanan gambar manakala tulisan pula diletakkan di sebelah kiri
gambar.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Inovasi
Huraian: Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas
grafik utama iaitu keseimbangan. Terdapat ruang kosong di sebelah kiri dan kanan
yang ingin disampaikan, iaitu telefon bimbit. Ruang kosong tersebut dapat
menimbulkan keseimbangan pada papan iklan tersebut kerana nisbah ruang kosong
dengan gambar telefon bimbit adalah sama. Papan iklan kelihatan tidak penuh dan
padat dengan mesej yang ingin disampaikan. Keadaan ini dapat memudahkan
pengguna untuk melihat dan membaca maklumat yang terdapat pada papan iklan
tersebut.
B)
SENDIRI
Elemen: Keseimbangan
Tema: Sinaran Matahari
Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik
iaitu keseimbangan. Gambar di atas mempunyai elemen keseimbangan kerana di
bahagian kiri gambar terdapat sebuah rumah batu yang seimbang dengan bahagian
kiri gambar yang mempunyai bangsal kecil. Di bahagian atas gambar pula
menunjukkan langit luas yang kebiruan seimbang dengan bahagian bawah yang
menunjukkan sedikit rumput yang kehijauan. Kesemua faktor tersebut memainkan
peranan untuk menjadikan gambar tersebut kelihatan seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pantai
Rujukan: Siti Nuratiqah
binti Rahmat
Huraian:
Dalam foto ini juga terdapat keseimbangan kerana di sebelah kiri dan kanan
telah dipenuhi dengan pokok. Di bahagian atas pula terdapat langit biru yang
sangat luas dan seimbang dengan air laut. Manakala di bawah terdapat pasir
pantai yang luas dan seimbang dengan pokok. Kesinambungan antara awan dan pokok
telah membuatkan gambar ini nampak penuh tetapi tidak terlalu sarat kerana
masih mempunyai ruang pada foto tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan di pantai
Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian: Gambar di atas merujuk kepada elemen
grafik keseimbangan. Elemen grafik keseimbangan mempunyai ruang kiri, kanan,
atas dan bawah yang seimbang mengikut pemberat sesebuah foto. Misalnya, di
ruang sebelah kiri foto mempunyai sebuah buaian dan di sebelah kanan foto juga
terdapat sebuah buaian. Ini telah mewujudkan sebuah foto yang seimbang.
Terdapat juga awan yang luas berwarna biru dan seimbang dengan pasir pantai
yang ada di ruang bawah foto tersebut.
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Pemandangan
Rujukan:
Ellyliddia Bt Rolling
Huraian: Penekanan yang dapat
dilihat dalam gambar ini adalah keseimbangan. Ruang di sebelah kiri dan kanan
memperlihatkan sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul menikmati suasana
petang. Cahaya matahari yang hampir tenggelam berada pada tengah-tengah gambar
dapat memperlihatkan bahawa suasana akan menjadi malam tidak lama lagi. Ruang
dari atas ke bawah juga digunakan dengan sebaik mungkin kerana ruang di bawah
memperlihatkan pasir yang mendatar dan kemudian ruang di atas pula
memperlihatkan awan yang tebal. Gambar tersebut mempunyai keseimbangan yang
sangat jelas.
Elemen:
Keseimbangan
Rujukan: Nur
Iffah Syakirah binti Md Sham
Tema: Seimbang
Huraian: Ruang di
sebelah kiri terdapat dua buah bangunan bertingkat disertai dengan lebuh raya
yang memenuhi gambar tersebut. Di sebelah atas terdapat awan yang luas berwarna
biru. Manakala, di sebelah bawah terdapat 4 orang kanak-kanak mengenakan
pakaian seragam berwarna kuning menaikkan lagi keseimbangan pada gambar
tersebut. Maka, gambar tersebut kelihatan seimbang dengan adanya grafik yang
memenuhi di setiap ruang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Sawah Padi
Rujukan: Salimah Ahmad
Huraian: Grafik
di atas menunjukkan elemen keseimbangan melalui ruang di atas dan di bawah
grafik. Ruang di bahagian atas gambar menunjukkan langit manakala ruang di
bahagian bawah memaparkan pantulan langit di permukaan sawah padi menjadikan
gambar ini mempunyai elemen asas keseimbangan. Di kiri dan di kanan gambar juga
memperlihatkan adanya daun-daun dan pokok yang juga mewujudkan elemen
keseimbangan. Keseluruhan gambar dapat
menyampaikan maksud dengan baik apabila dilihat oleh individu.
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Ketenangan
Rujukan:
Adillah binti Anuar
Huraian:
Ruang yang ada di dalam gambar ini telah diimbangi dengan sebaik mungkin. Ruang
di sebelah kiri terdapat beberapa pokok begitu juga di sebelah kanan gambar. Di
sebelah atas gambar juga mempunyai beberapa dahan dan bumbung yang telah
diimbangi dengan orang yang sedang meniti jambatan di ruang sebelah bawah
gambar. Maka, jelaslah bahawa gambar ini mengandungi elemen asas grafik
keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Keindahan Alam
Rujukan: Nureedayu
Huraian:
Gambar tersebut menunjukkan elemen keseimbangan yang ditunjukkan melalui langit
yang luas, sebatang sungai dan rumput-rumput di tepi sungai. Penggunaan ruang
antara langit di bahagian atas gambar dan sungai di bahagian bawah gambar mewujudkan
elemen keseimbangan antara kedua-duanya. Di ruang kiri dan kanan gambar,
terdapat rumput-rumput di tepi sungai. Keadaan ini juga menunjukkan adanya
elemen keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alat Telekomunikasi
Rujukan: Dinesha Samy
Huraian:
Gambar di atas dapat
dikelaskan di bawah elemen keseimbangan. Perkara ini disebabkan oleh ruang di
antara atas dan bawah serta kiri dan kanan adalah seimbang dan tidak memberat
pada satu bahagian sahaja. Bahagian atas merangkumi teks. Bahagian bawah adalah
gambar telefon bimbit. Penggunaan ruang kosong di kiri dan kanan bahan grafik
juga berperanan untuk menunjukkan keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kreativiti
Rujukan: Na Li Xian
203932
Huraian:
Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu keseimbangan.
Gambar baju dan teks berkaitan mengisi ruang yang sama nisbah, iaitu 50:50
iaitu teks berada di ruang kiri dan gambar baju berada di ruang kanan. Keadaan
ini dapat mewujudkan keseimbangan dalam gambar tersebut. Selain itu, terdapat
ruang kosong antara tajuk besar “Print Baju, Lagi banyak, Lagi Murah!” dan
nombor telefon yang menyumbang kepada elemen keseimbangan gambar. Pembaca juga
dapat melihat dan membaca mesej dengan jelas.



















No comments:
Post a Comment