BBM3410-2021-ASAS
GRAFIK-KESESUAIAN
A) INTERNET
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pantai
Rujukan: https://images.app.goo.gl/s6eWRyAufiQsfPTU8
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen
asas grafik kesesuaian. Hal ini kerana, gambar di atas menggambarkan suasana di
pantai yang mana terdapat lima orang sedang menikmati suasana di persisiran
pantai. Kelihatan mereka yang gembira dan senang menikmati keadaan di pantai
yang tenang dan mendamaikan. Kelihatan langit yang berwarna jingga kemerahan
menandakan suasana waktu yang hampir senja.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pendidikan
Keterangan :Penekanan elemen dalam gambar tersebut adalah kesesuaian.Latar
belakang yang sesuai menunjukkan tema yang ingin disampaikan iaitu setiap
manusia mestilah mempunyai ilmu pengetahuan supaya dapat menjadi manusia yang
berguna pada masa hadapan. Latar yang diletakkan seperti gambar imej buku dan
sebagainya yang melibatkan perkara yang dipelajari di sekolah . Penggunaan
garisan yang berjalur mampu memperlihatkan bahawa perjalanan masih jauh lagi,
banyak pengalaman yang mesti kita
belajar dan di gapai terlebih dahulu .Gambar seorang lelaki yang memakai
beg sekolah menunjukkan semangat budak lelaki tersebut untuk menimba ilmu
pengetahuan . Gambar tersebut sangatlah susuai kerana penggunaan latar yang
tepat dan jelas mampu meningkatkan kefahaman apabila melihat gambar tersebut.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Suasana Pada Malam Raya
Rujukkan: https://www.hmetro.com.my/minda/dialoka/2017/06/239896/seronok-sambut-hari-raya-ketika-cuti-panjang
Keterangan: Foto ini mempunyai elemen
kesuaian kerana latar belakang, situasi orang sekeliling dan waktu yang
diperlihatkan sangat menepati antara satu sama lain. Foto ini berlatar belakangkan
sebuah rumah yang dihiasi lampu kelip-kelip yang berwarna-warni dan pelita api.
Ditambah pula dengan watak kanak-kanak dan ibu bapa sedang bermain bunga
api. Walaupun tidak berbaju tradisional
melayu kita masih dapat menangkap imej tersebut ingin menyampaikan mesej
suasana di malam hari raya.
Elemen : Kesesuaian
Rujukan: http://qairinatailoring.blogspot.com/2020/08/suasana-di-kampung.html
Tema : Suasana di kampung
Huraian : Gambar seorang emak dan dua
orang anaknya sedang menikmati suasana di kampungya. Mereka mengambil gambar di
tengah jalan raya dan dihiasi dengan sawah di kiri dan kanan mereka. Kelihatan
matahari mulai terbenam menunjukkan suasana pada waktu petang. Dalam elemen
ini, grafik sangat bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kampung
Rujukan : https://najwastory.com/2020/03/09/tempat-viral-instagrammable-kg-agong-penaga/
Huraian : Foto kanak-kanak sedang berjalan
di kampung. Suasana kampung yang amat mendamaikan. Suasana petang di kampung
sangatlah damai. Tiupan angin ditunjukkan pada daun pokok kelapa. Maka, gambar
tersebut mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Nutrisi
Huraian : Papan iklan tersebut mengandungi
elemen asas grafik utama, iaitu kesesuaian. Papan iklan tersebut menyampaikan
mesej tentang produk mininum berkhasiat yang khususnya untuk golongan warga emas,
iaitu yang berumur 60 tahun ke atas. Gambar watak lelaki yang berambut putih
dan kelihatan berusia 60 lebih digunakan dalam papan iklan tersebut bersesuaian
dengan mesej yang ingin disampaikan. Dengan ini, dikatakan bahawa papan iklan
tersebut merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar watak dan latar
belakang.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Perayaan
Huraian: Grafik yang digunakan bersesuaian
dengan latar yang terdapat di dalam foto tersebut. Latar masa, latar tempat dan
latar watak di dalam foto itu berkait antara satu sama lain. Latar tempat di
dalam foto itu adalah di luar rumah, latar masa pula pada waktu malam dan latar
wataknya, terdapat empat orang yang sedang bergembira bermain bunga api bersama.
Maka jelaslah bahawa foto itu mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Solat Berjemaah
Rujukan: https://iluminasi.com/img/upload/iluminasi-sejarah-hari-raya4-279.jpg
Huraian:
Elemen kesesuaian ditunjukkan melalui
kesesuaian bahan grafik dengan latar. Latar terbahagi kepada tiga latar iaitu
latar tempat, latar masa dan latar watak. Gambar di atas menunjukkan jemaah
yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid. Watak dalam gambar menunjukkan
kesesuaian dan berkaitan antara satu dengan yang lain yang menunjukkan keadaan
yang ingin difokuskan.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kampung Halamanku
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen
grafik yang utama iaitu elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini didefinisikan
sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar seperti latar tempat yang terdapat
dalam gambar di atas. Foto di atas merujuk kepada sebuah kampung dan terdapat
seorang lelaki sedang menunggang motosikal. Keadaan langit yang hampir gelap
jelas kelihatan pada waktu senja dan dihiasi dengan warna hijau padang rumput
di sebelah bawah foto.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Alam Sekitar
Huraian : Gambar di atas melibatkan
kesemua lima aspek grafik namun demikian
aspek kesesuaian lebih menyerlah. Ini dapat dilihat melalui latar tempat,latar
masa dan watak yang sesuai. Gambar di atas memberi gambaran berkenaan dengan
tema “Go Green” dan bagaimana kita boleh melaksanakan “Go Green” tersebut. Ada
juga watak yang menunjukkan aksi membuang sampah yang jelas menunjukkan cara
untuk melaksanakan “Go Green” tersebut. Grafik-grafik dalam gambar di atas juga
bersesuaian dengan tema “ Go Green”.
B) GAMBAR
SENDIRI
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Perkahwinan
Rujukan:
Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik yang utama iaitu elemen kesesuaian.
Gambar di atas menunjukkan gambar pasangan pengantin yang melakukan sesi
pemotretan luaran. Langit di belakang yang kelihatan luas kebiruan menandakan
suasana dalam gambar tersebut ialah pada waktu petang. Latar tempat, latar masa
dan juga latar watak menunjukkan bahawa gambar di atas mempunyai elemen
kesesuaian.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Pertanian
Rujukan:
Ellyliddia Bt Rolling
Keterangan:
Penekanan di dalam gambar tersebut adalah tentang kesesuaian. Latar belakang
yang tepat membuat gambar tersebut kelihatan lebih menonjol . Gambar sayur
terung diletakkan untuk menunjukkan bahawa gambar ini untuk mempromosi
penyembur bebas serangga untuk menjadikan tanaman lebih subur. Pengambilan
gambar tersebut adalah sesuai kerana gambar tersebut berfokuskan kepada sesuatu
benda sahaja iaitu tentang tanaman. Latar belakang yang jelas membolehkan orang
melihatnya dengan lebih teliti kerana gambar tersebut saling berkait antara
satu sama lain untuk mewujudkan kefahaman yang sama tentang mempromosikan dalam
bidang pertanian. Latar belakang di kebun dan gambar serangga saling bergantung
antara satu sama lain yang akhirnya menciptakan kesesuaian di dalam aliran
gambar tersebut.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Beriadah di tepi pantai
Rujukkan:
Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Keterangan:
Elemen kesesuaian dapat dilihat di dalam gambar ini kerana watak, masa, dan
latar belakang berhubung kait. Foto yang memaparkan latar belakang laut, langit
yang berwarna biru serta watak yang sedang beriadah atau bermandi-manda di
situ. Dari foto ini sudah cukup jelas
memperlihatkan suasana yang sepatutnya apabila berada di pantai. Malahan waktu
yang diperlihatkan juga sesuai dengan aktivti utama yang kita lakukan di pantai.
Elemen
: Kesesuaian
Rujukan
: Nur Iffah Syakirah Binti Md Sham
Tema
: Pulau
Huraian
: Sekeping gambar menunjukkan seorang wanita kelihatan gembira mandi di sebuah
pulau. Kelihatan pemandangan yang indah dengan cuaca yang redup. Pemandangan di
belakang mencantikkan lagi gambar tersebut. Grafik ini bersesuaian kerana
adanya latar tempat iaitu di Pulau Mabul, latar masa iaitu pada waktu petang
dan latar watak iaitu seorang wanita
Elemen
: Kesesuaian
Tema
: Pusat kuarantin
Rujukan
: Nureedayu Zapuri
Huraian
: Foto tersebut menunjukkan suasana di tempat kuarantin. Kelihatan banyak
aktiviti sendiri yang sedang dilakukan oleh pesakit. Terdapat juga keadaan suasana awal malam di
pusat kuarantin. Maka foto ini menunjukkan adanya elemen kesesuaian.
Elemen
: Kesesuaian
Tema
: Ilmu pengetahuan
Rujukan
: NA LI XIAN 203932
Huraian
: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu kesesuaian.
Gambar tersebut menyampaikan mesej tentang suatu pameran buku yang akan
diadakan di Sunway Pyramid. Bahan gambar setumpuk buku yang berada di hujung kanan berkait rapat dan bersesuaian
dengan mesej yang ingin disampaikan. Dengan ini, dikatakan bahawa gambar tersebut
merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar belakangnya. Pada masa yang
sama, warna teks dan latar belakang yang digunakan adalah sesuai.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Pengangkutan Awam
Rujukan:
Adillah binti Anuar
Huraian:
Foto orang yang sedang berada di dalam pengangkutan awam ini sangat sesuai dengan
latar masa dan latar tempat yang ada. Setiap orang tidak menghiraukan hal orang
lain dan hanya menumpukan dengan diri masing-masing. Begitulah keadaan yang
sering kali terjadi apabila menggunakan pengangkutan awam. Foto ini mengandungi
elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Muzium Kota Kuala Kedah.
Rujukan:
Salimah Ahmad
Huraian:
Grafik di atas menunjukkan elemen kesesuaian. Foto ini menunjukkan fokus utama
iaitu tembok dan rumah api lama yang bersesuaian dengan persekitaran muzium.
Kedua-dua benda dalam grafik mempunyai ciri yang menunjukkan fungsi kesejarahan
masing-masing. Oleh itu, jelas menunjukkan bahan grafik ini bersesuaian dengan
latar tempat.
Elemen
: Kesesuaian
Tema
: Persahabatan
Rujukan
: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian
: Gambar ini mempunyai elemen grafik yang umum iaitu elemen kesesuaian. Elemen
kesesuaian ini merujuk pada latar tempat, latar masa dan latar watak dalam
sesuatu foto. Foto ini kelihatan empat orang kanak-kanak sedang bermain permainan
tradisional iaitu tarik upih pinang di kawasan lapang sebuah kampung. Langit
membiru menunjukkan suasana pada waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto
tersebut yang menunjukkan “Persahabatan” antara mereka.
Elemen
: Kesesuaian
Tema : Makanan
Rujukan
: Dinesha Samy
Huraian : Gambar di atas dapat dikelaskan di
bawah elemen kesesuaian. Disebabkan,kesesuaian dari segi latar tempat,masa dan
watak. Grafik makanan telah diletakkan untuk menunjukkan makanan tersebut yang
ingin difokuskan serta untuk menarik perhatian pembeli dengan promosikan harga
sekali dengan gambar grafik tersebut.




















No comments:
Post a Comment